COSMOPOINT KOTA KINABALU - WELCOME!

Selamat datang ke blog Cosmopoint Kota Kinabalu. Blog ini diadakan bertujuan untuk memberikan tempat dan peluang kepada para kakitangan dan pelajar Kolej Cosmopoint Kota Kinabalu untuk berinteraksi dan juga bertujuan sebagai saluran menyebarkan maklumat terkini mengenai peluang-peluang pendidikan dan bantuan kewangan untuk tujuan pendidikan.


Kolej Cosmopoint ialah sebuah Kolej di Malaysia yang mempunyai cawangan di hampir setiap negeri di Malaysia. Kolej ini adalah antara 'Top Colleges' di Malaysia.

Segala maklumat mengenai hari terbuka kolej, maklumat terkini bantuan dan tajaan kewangan untuk pendidikan, aktiviti-aktiviti kolej Cosmopoint Kota Kinabalu, maklumat pendaftaran pelajar baru dan perkara-perkara yang berkaitan akan disiarkan dalam blog ini.

Blog ini juga bertujuan untuk membantu para pelajar Cosmopoint College Kota Kinabalu untuk mencari maklumat-maklumat penting terutamanya mengenai bantuan dan tajaan kewangan atau 'college scholarsips' dan sebagainya. Di bahagian tepi blog ini adalah senarai pautan (links) untuk ke laman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memudahkan para pelajar.

Jika anda masih mencari-cari tempat untuk belajar, Kolej Cosmopoint Kota Kinabalu amat berbesar hati mengalu-alukan anda untuk menjadi warga Kolej Cosmopoint Kota Kinabalu.

Pendaftaran Online Click COSMOPOINT KOTA KINABALU