Diploma Graphic Design di Cosmopoint Sabah Punyai Peluang Luas

Diploma Graphic Design (Seni Reka Grafik) di Sabah punyai peluang luas. Tahukah anda bahawa setiap hari anda melihat rekaan grafik dimana-mana sahaja anda berada. Tentunya individu yang membuat rekaan-rekaan tersebut bukanlah hanya seorang tatapi ramai.

Rekaan grafik ini dibuat untuk menerangkan sesuatu maksud, produk atau aktiviti dengan cara yang kreatif dan menarik. Diploma Seni Reka Grafik menawarkan peluang kerjaya yang amat menarik dan sekarang ini ada program penempatan (jaminan) kerja selepas tamat pengajian.

Pelajar yang mendaftar untuk intake MAC 2020 berpeluang untuk disenaraikan menyertai PROGRAM G.E.R.A.K (jaminan kerja) selepas menamatkan pengajian. Jika tujuan anda sambung belajar ialah untuk mendapatkan kerja yang lebih baik, inilah program yang sesuai untuk anda.
Kursus Diploma in Graphic Design di Cosmopoint cawangan Sabah

Pengiktirafan MQA

Diploma in Graphic Design di Cosmopoint cawangan Sabah memang mendapat pengiktirafan penuh daripada agensi MQA - Malaysian Qualification Agency sebuah badan kerajaan yang mengawal selia kursus-kursus yang ditawarakn di universiti dan kolej di seluruh negara.

Dengan adanya pengiktirafan ini anda berpeluang untuk memohon kerja dalam sektor kerajaan dan juga sambung pengajian di peringkat lebih tinggi nanti.

Sila rujuk gambar di bawah. Anda juga boleh semak di website rasmi MQA.

Sijil pengiktirafan MQA untuk Diploma Seni Reka Grafik di Cosmopoint cawangan Sabah

Perkembangan teknologi yang sentiasa bergerak ke hadapan menyebabkan ilmu dan kemahiran seni reka grafik berkomputer menjadi lebih penting lagi. Ini kerana keperluan rekaan grafik semakin bertambah dan orang yang mahir dalam bidang ini tentunya amat diperlukan. Bukan semua orang boleh buat rekaan dan ada kemahiran ini.

Di Sabah pereka grafik (graphic designer) masih kurang. Individu yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang ini masih sangat kurang berbanding keperluan industri dalam bidang ini. Sudah tentu ini adalah peluang baik kepada pelajar lepasan SPM yang meminati bidang ini kerana peluang masih terbuka dan terbentang luas. Graphic designer boleh dikategorikan sebagai profesional.

Kolej-kolej yang menawarkan kursus ini di Sabah juga masih kurang. Setakat ini hanya Cosmopoint College cawangan Sabah yang mempunyai kursus ini dan pelajar yang mengkhusus dalam bidang ini akan dibantu penempatan pekerjaan di penghujung pengajian mereka.

Graduan Cosmopoint amat terkenal malah bukan sahaja di Sabah tetapi juga di peringkat antarabangsa. Anda boleh rujuk dan baca salah seorang graduan Diploma in Graphic Design dari cosmopoint iaitu Diana Michelle Culey yang begitu berjaya dan terkenal dalam kerjaya yang diceburinya di bidang Graphic Design. Anda juga boleh membaca kisah kejayaan beliau di SINI


Jurusan seni reka grafik berkomputer direka untuk membangunkan kemahiran dan pengetahuan pelajar secara praktikal sebagai persiapan menghadapi dunia kerjaya sebenar. Gabungan kemahiran perisian komputer, konsep dan kreativiti selaras dengan industri seni reka grafik masa kini yang kompetitif.

Matlamat Kursus Diploma in Graphic Design Cosmopoint College
• Membangunkan kemahiran pelajar agar mahir secara teknikal dan berpengetahuan luas bagi menyahut kerjaya mencabar sebagai pereka grafik yang berkebolehan menggabungkan kreativiti, konsep dan kemahiran perisian komputer dan indusri reka bentuk grafik yang kompetatif.

• Membangunkan pengetahuan pelajar bagi memastikan mereka berkemampuan menyelesaikan masalah visual secara berkesan dan efektif.

• Membina kemahiran dan pengetahuan asas berkaitan dengan daya pemikiran kreatif, lukis, media digital, reka bentuk grafik dan pengajian bidang rekaan.

• Melengkapkan pengetahuan pelajar secara menyeluruh sebagai persiapan menghadapi indusri pengiklanan, rekaan dan sektor berkaitan yang kompetitif. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang situasi sebenar industri masa kini dengan mengadakan lawatan sambil belajar, lawatan ke industri berkaitan, bengkel kerja dan seminar yang akan meningkatkan pengetahuan sepanjang pengajian dan menyediakan pandangan meluas berkenaan dengan profesion reka bentuk.

Peluang Pekerjaan Graduan Diploma in Graphic Design
Pereka Grafik                                                  
Pengilustrasi
Penerbit Desktop                                            
Pereka Bentuk Web
Penerbit Komputer Meja                                 
Seniman Cenderamata
Pereka Tipografi                                             
Pereka Grafik Komputer
Pereka Ruangan

Kepada adik-adik yang masih tercari-cari kerjaya masa depan, jika anda minat seni maka kami mempelawa anda menceburi bidang seni reka grafik. Mulakan langkah pertama anda dalam bidang ini di Cosmopoint College, Sabah.