Kursus Diploma Kesetiausahaan Di Sabah Dan Peluang Kerjaya

Kursus Diploma Kesetiausahaan (Penguruasan Pejabat) di Sabah dan peluang kerjaya. Bidang Sains Kesetiausahaan merupakan bidang kerjaya yang menjurus kepada kemahiran  pentadbiran terkini sejajar dengan cabaran semasa dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi, informasi teknologi, penampilan diri dan berinteraksi dalam sistem pengurusan pejabat.

Program ini bertujuan untuk menghasilkan calon yang berkemampuan untuk menguruskan pejabat, mengatur jadual, menguruskan rekod, memahami asas di dalam perakuanan, mahir berkomunikasi baik dari segi penulisan atau perbualan, serta mahir di dalam kemahiran teknikal seperti menaip.
Kursus diploma Kesetiausahaan menitik beratkan kemahiran teknikal kesetiausahaan dan penyelesaian masalah dalam bidang pengurusan pejabat secara kreatif dan kritis. 

Kursus ini juga memfokuskan kemahiran-kemahiran lain seperti komunikasi interpersonal dan intrapersonal, kerja berkumpulan, pengurusan pejabat serta penulisan laporan dan minit mesyuarat.

Diploma Kesetiausahaan sering kali juga lebih dikenali ramai sebagai Diploma Pengurusan Pejabat.

Kursus Diploma Kesetiausahan Cosmopoint Sabah: Pengiktirafan MQA

Diploma Kesetiausahaan  empat sasaran utama iaitu:

i. Menghasilkan graduan Kesetiausahaan yang mahir dalam bidang teknologi maklumat masa kini

ii. Mengaplikasikan kemahiran, pengetahuan serta profesionalisma kesetiausahaan secara bijak

iii. Melahirkan graduan Kesetiausahaan yang bertauliah sebagai pembantu tadbir pejabat.

iv. Mempraktikkan dunia kerjaya kesetiausahaan sebenar dalam modul program yang memfokuskan pengurusan asas pejabat, pengurusan rekod, aplikasi komputer, komunikasi, pengurusan akaun serta teknik menaip.

Siapa yang sesuai untuk bidang kesetiausahaan

Program ini dibuka kepada individu-individu yang berminat menceburi bidang kesetiausahaan, pentadbiran dan pengurusan pejabat.

Kemahiran Yang Akan Dipelajari

Pengurusan Majlis

- Kemahiran mengendalikan serta menganjurkan majlis.

Komunikasi Interpersonal & Intrapersonal

- Boleh berkomunikasi dan berinteraksi secara fasih dan lancar dengan masyarakat mahupun secara berkumpulan.

Pentadbiran Pejabat

- Berkebolehan mentadbir pejabat dengan cekap dan pengurusan masa yang teratur untuk meningkatkan produktiviti kerja.

Pembentukan Personaliti

- Membentuk standard profesionalisma yang tinggi dalam menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah.

Prospek Kerjaya Graduan Diploma Kesetiausahaan
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Pemasaran
- Perniagaan
- Perbankan
- Perkilangan
- Media
- Perlancongan
- Insurans
- Keusahawanan

Peluang pekerjaan sebagai:
- Setiausaha
- PentadbirPejabat
- Pembantu Peribadi
- Pembantu Tadbir
- Eksekutif Perniagaan
- Pembantu Pengurus Majlis
- Pembantu Perhubungan Awam

Alumni Diploma Kesetiausahaan Cosmopoint Sabah

Sejak kursus Diploma Kesetiausahaan ini ditawarkan di Cosmopoint Sabah, ramai pelajar dari Sabah telah mengambil peluang ini dan mendapat manfaatnya.


Bidang kerjaya dalam kesetiausahaan atau pengurusan pejabat masih mempunyai peluang kerja yang besar. Ini sejajar dengan pembangunan dan pertambahan bidang pentadbiran dan perniagaan, sudah tentu individu yang mempunyai kemahiran dalam bidang kesetiausahaan amat diperlukan di Sabah.

Kepada pelajar lepasan SPM yang berminat dalam bidang dan kerjaya ini pengambilan pelajar baru sedang berlangsung sekarang. Sila memohon melalui online atau contact kami terus melalui

- Pendaftaran ONLINE

- Whatsapp https://www.wasap.my/+60143528487/DAFTAR+COSMOPOINT