Graduan Diploma Perakaunan Di Sabah Peluang Kerja Tinggi

Kursus Diploma Perakunan di Sabah. Pernahkah anda terfikir untuk membina kerjaya dalam bidang perakaunan? Bidang perakaunan memberikan peluang pekerjaan yang luas dan menawarkan anda kerjaya menarik kerana keperluan tenaga terlatih di dalam lapangan ini berada pada skala yang tinggi. Buat masa ini pelajar yang mengambil kursus Diploma Perakaunan Sabah mempunyi peluang kerja yang sangat tinggi.

Di Sabah, individu yang mahir dalam bidang perakaunan dan berkelayakan tidak mencukupi. Pernahkah anda meneliti iklan kerja di surat khabar? Biasanya akan diselitkan perkataan 'pengetahuan/skill dalam perakaunan diberi keutamaan' bukan. Jika anda memiliki kemahiran tersebut, peluang anda untuk dapatkan jawatan tersebut amat tinggi. Jika ini bukan peluang yang anda harus rebut, tidak tahu lagi peluang apa yang anda sedang tunggu.

Untuk memulakan kerjaya dalam bidang perakaunan anda memerlukan berberapa kriteria penting iaitu Minat, Kelayakan dan Kemahiran. Tanpa ada ketiga-tiga perkara ini dalam diri anda maka agak sukar untuk seseorang untuk membina kerjaya dalam bidang perakaunan. Tidak hairanlah ramai pelajar yang mengambil kursus Diploma Perakaunan Sabah sebagai pilihan mereka

Apakah kelayakan untuk kursus Diploma Perakaunan Sabah? Langkah pertama yang perlu anda ada ialah mesti berusaha mendapat sekurang-kurangnya tiga (3) kredit termasuk subjek Matematik serta lulus subjek Sejarah dan Bahasa Melayu di peringkat SPM.

Kursus diploma perakaunan di kolej cosmopoint sabah
Mengapa anda mesti kredit dalam subjek Matematik? Ianya kerana bidang perakaunan memerlukan anda mempunyai kemahiran mengira yang baik. Walaupun sistem perakaunan terkini sudah menggunakan banyak perisian atau accounting software yang memudahkan anda melakukan segala pengiraan perakaunan tetapi kiraan secara manual atau menggunakan kalkulator masih penting dan diperlukan.

Langkah kedua yang perlu anda buat untuk membina kerjaya dalam bidang perakaunan ialah mengambil kursus perakaunan sama ada peringkat sijil, diploma atau ijazah. Adalah disarankan anda bermula dengan peringkat kursus Diploma Perakaunan Sabah dan seterusnya sambung ke peringkat ijazah selepas itu.

Di Sabah, Kolej Cosmopoint Sabah adalah salah satu kolej di sabah yang menyediakan kursus Diploma Perakaunan Sabah. Kursus Diploma Perakaunana (Diploma in Accounting) di Kolej Cosmopoint Sabah adalah antara yang paling menarik kerana package pembelajaran yang terkini, tempat latihan industri yang disediakan dan yuran pengajian yang termurah di Sabah.

Ini menjadikan kursus Diploma Perakaunan di Kolej Cosmopoint Sabah antara pilihan ramai pelajar di Sabah. Setakat ini Kolej Cosmopoint telah melahirkan beribu-ribu pelajar dalam bidang perakaunan dan hampir kesemua graduan Diploma Perakaunan dari Cosmopoint mudah mendapat kerja sejurus tamat tempoh pengajian.

Perkara yang amat menarik mengenai kursus Diploma Perakaunan Sabah ialah anda mempunyai peluang kerja yang tidak terhad. Selagi ada organisasi, jabatan, syarikat, persatuan dan sebagainya maka selagi itu ada perakaunan terlibat dan selagi itulah seseorang yang mempunyai kemahiran perakaunan terutama yang memiliki Diploma Perakaunan diperlukan.

Kursus Diploma Perakaunan (Diploma in Accounting)


Apakah matlamat kursus Diploma Perakaunan? Berikut adalah berberapa sebahagian dari matlamat kursus perakaunan.

· Membolehkan pelajar mengendalikan pelbagai fungsi perakaunan di tempat kerja.

· Melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan menepati kehendak pasaran sebagai persediaan peringkat awal selaku profesional perakaunan dalam industri berkaitan.

· Memberi tumpuan pada konsep pengurusan kewangan dan perakaunan teras serta kemahiran yang mengaplikasikan kepada “Praktis Dunia Sebenar” sekaligus menyediakan pelajar dengan asas yang kukuh dalam teori perakaunan.

· Membina pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang kepakaran termasuk laporan dan akaun kewangan, pengurusan akaun, perakaunan dan cukai peribadi.

Peluang Pekerjaan Graduan Perakaunan


Apakah peluang-peluang pekerjaan dalam kerjaya sebagai Juruakaun (Accountant)? Bidang kerjanya adalah luas dan tidak terhad. Anda mungkin berminat memegang salah satu dari jawatan di bawah.

Penolong Eksekutif Akaun
Penolong Eksekutif Percukaian
Penolong Eksekutif/Pembantu Audit Dalaman
Penolong Pegawai Belanjawan/Kos
Penolong Pembantu Akaun’Bookkepers’

Pengambilan pelajar baru untuk kursus Diploma Perakaunan Sabah di Kolej Cosmopoint Sabah telah dibuka sekarang. Jika anda berminat, sila berhubung dengan kami atau isikan borang permohonan online, dan kami akan menghubungi anda dengan segera.

- Pendaftaran ONLINE

Untuk pendaftara ke Cosmopoint College cawangan Sabah anda boleh WHATSAPP: http://wasap.my/+60168445143/SAYA+BERMINAT