Kursus Diploma Perhotelan Di Sabah

Sekarang ini Diploma Perhotelan atau Diploma in Hotel Management menjadi kursus yang menjadi pilihan ramai pelajar lepasan SPM bukan sahaja di Sabah tetapi juga diseluruh negara.Ini berlaku kerana hotel-hotel tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan ekoran jumlah pengunjung dan pengguna yang semakin meningakat di Malaysia.
Di Sabah contohnya, bangunan-bangunan hotel terus dibina ditempat-tempat yang strategik dan ianya memerlukan tenaga kerja yang mahir dalam bidang ini. Secara langsung bidang perhotelan menyediakan pekerjaan yang amat banyak dan inilah peluang yang harus direbut oleh pelajar-pelajar yang hendak membina kerjaya pada masa akan datang.

Kursus Diploma Perhotelan di Sabah

Kerajaan juga sekarang ini sedang giat melaksanakan program-program berorientasikan menarik pelancong dengan membangunkan dan mempromosikan banyak produk-produk pelancongan. Jika anda mahukan kerjaya yang mantap dan berprestij inilah bidang yang harus anda ceburi. Perkembangan kerjanya seperti kenaikan pangkat dan gaji juga tidak terhad. Ianya bergantung kepada anda sendiri.

Apakah pengurusan hotel

Pengurusan hotel adalah satu bidang dalam industri hospitaliti dan pelancongan yang menjanjikan peluang kerjaya yang meluas dalam industri hotel merangkumi operasi dan juga pengurusan.

Diploma Pengurusan Hotel menggabungkan pelbagai aktiviti di mana fokus utama adalah dalam bidang pengurusan hotel dan restoran, pengurusan kaunter hadapan, pengurusan bilik dan juga bahagian pemasaran yang menjurus kepasa pemasaran hotel. Penilaian dilakukan merangkumi aspek teori dan juga praktikal sejajar kepada keperluan industri yang menginginkan para graduan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi dalam bidang ini.

Kemahiran yang anda perolehi dalam kursus Diploma Pengurusan Perhotelan


Dalam kursus Diploma Pengurusan Hotel anda akan didedahkan dengan aspek kerja-kerja dalam sebuah hotel secara terus, lengkap dan praktikal. Ianya berguna apabila anda habis pengajian dan memulakan kerjaya dalam bidang perhotelan.

Operasi makanan dan minuman


Program ini mendedahkan pelajar kepada kemahiran praktikal untuk menawarkan perkhidmatan makanan dan minuman dalam industri perkhidmatan makanan yang efektif mematuhi prinsip utama perkhidmatan yang menjangkaui serta melebihi jangkaan dari pelanggan. prinsip asas yang perlu dipatuhi dan diaplikasi bagi menyempurnakan tuntutan pelanggan dan menawarkan kepelbagaian dan keunikan setiap perkhidmatan bagi memastikan pelanggan menikmati pengalaman yang terbaik.

Operasi kaunter hadapan


Struktur dalam operasi kaunter hadapan akan memastikan pelajar mampu untuk menjadi 'hotelier' yang profesional. Memastikan pelajar mampu melakukan 'up-selling' dengan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dengan efektif dan berkesan dan mampu membuktikan bahawa operasi kaunter hadapan akan memberi impak yang besar dalam menjana operasi keseluruhan hotel. Memerlukan seseorang yang berinformasi dan mampu memberi kepuasan kepada pelanggan secara profesional.

Operasi pengemasan bilik


Bahagian pengemasan bilik merupakan satu bahagian kritikal di mana memerlukan kemahiran dalam merancang, mengurus serta mengawal situasi bagi memastikan tetamu memperoleh perkhidmatan yang berkualiti. Bahagian ini berhubungkait dengan bahagian kaunter hadapan memerlukan pelajar untuk mampu berkomunikasi secara baik bagi memastikan operasi berjalan lancar dan efektif. Di peringkat ini, pelajar perlu mampu untuk mengatasi semua situasi seharian dari perspektif pengurusan sehingga kepada perincian teknikal.

Operasi jualan dan pemasaran


Jualan dan pemasaran merupakan aspek utama dalam perniagaan di mana ianya merangkumi pelbagai konsep dalam fungsi dalam institusi. Ianya juga memberi impak yang besar dalam menjana ekonomi kepada sesebuah pengurudan dan organisasi. Pelajar didedahkan dengan prinsip dan praktis dalam pemasaran, isu-isu berkaitan produk, perkhidmatan, harga, pengagihan dan promosi. Melatih pelajar untuk memperkembangkan kemahiran pasaran dan memahami dan mengaplikasi bidang kerja pasaran dan orientasi yang strategik di sesebuah organisasi. Pendedahan kepada perubahan pasaran global dengan menerapkan kebolehan mengaplikasi dalam industri hotel sebenar secara profesional.

Prospek Kerjaya Graduan Diploma Perhotelan


Graduan Diploma Perhotelan akan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-

- Pengurusan Hotel dan Restoran
- Persediaan Makanan Syarikat Penerbangan dan Perkhidmatan dan Perkhidmatan Kabin
- Pentadbir Hospitaliti dan Persediaan makanan
- Pengurusan Kapal Persiaran
- Pengurusan Kelab
- Persatuan pelancongan dan Hotel
- Pengurus Lembagaan
- Perkhidmatan makanan dan Hotel

Peluang pekerjaan sebagai:

- Pengurus Front Office (Kaunter Hadapan)
- Pengawas Front Office (Kaunter Hadapan)
- Penolong Infomasi
- Resepsionis
- Ketua Jaga Pintu
- Kapten Lonceng
- Kapten Valet
- Pengurus Tempahan

Syarat Kelayakan Masuk


Lulus SPM atau kelayakan yang setaraf dengannya dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian dan lulus Bahasa Melayu

Jika anda tercari-cari kerjaya profesional dengan perkembangan kerjaya yang tidak terhad pada masa akan datang Diploma Perhotelan adalah bidang yang seharusnya menjadi pilihan anda. Kerja adalah terjamin dan sentiasa ada sepanjang masa untuk individu yang terlatih dan berkelayakan dalam bidang perhotelan.

- Pendaftaran ONLINE

- Whatsapp https://www.wasap.my/+60143528487/DAFTAR+COSMOPOINT+SABAH