Graduan DIPLOMA PELANCONGAN Rebutan Para MAJIKAN Di Sabah

Tahukah anda bahawa kursus Diploma Pelancongan adalah kursus yang semakin mendapat perhatian dan diminati ramai pelajar-pelajar lepasan SPM di Sabah. Ini mungkin kerana industri pelancongan di Sabah semakin meningkat dan jumlah kehadiran pelancong asing ke Sabah meningkat setiap tahun. Terdapat tren atau perkembangan yang ketara dalam bidang ini.
Produk-produk pelancongan juga kini dibangunkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Bidang pelancongan dijangka menjadi satu industry terbesar di Sabah selepas lebuhraya Pan-Borneo siap nanti yang mana ianya menghubungkan kawasan-kawasan menarik di seluruh Sabah dengan lebih pantas dan senang.

Sejajar dengan itu sudah tentu industry pelancongan di Sabah memerlukan tenaga kerja yang pakar dan mahir serta terlatih. Tidak hairan jumlah pelajar yang menuntut dalam bidang Diploma Pengurusan Pelancongan di Cosmopoint Sabah semakin meningkat dan menjadi pilihan ramai pelajar-pelajar lepasan SPM di Sabah.

Kursus diploma pelancongan di Sabah rebutan pelajar

APAKAH DIPLOMA PELANCONGAN

Diploma Pengurusan pelancongan adalah kursus yang merujuk kepada aktiviti perkhidmatan yang disediakan oleh komponen-komponen industri pelancongan seperti agensi pelancongan, syarikat penerbangan, perhotelan, perkhidmatan makanan dan pusat-pusat rekreasi kepada para pelancongan dalam dan luar negara.

Diploma Pelancongan yang ditawarkan di Cosmopoint Sabah melengkapi dan memberi pendedahan kepada pelajar dengan latihan berasaskan kemahiran dan pengetahuan perniagaan yang semakin penting untuk pertumbuhan industri pelancongan. Kombinasi bahan pembelajaran secara teori dan praktikal adalah pendekatan yang terbaik untuk memenuhi keperluan kerjaya yang luas dalam industri pelancongan dan perhotelan secara global.

Program ini mempunyai kelebihan yang tidak terdapat di institusi lain. Antara kelebihannya adalah:

• Kursus Diploma Pelancongan di Cosmopoint  Sabah memberi pendedahan kepada pengetahuan asas pelancongan secara teori dan praktikal.
• Pembelajaran di Cosmopoint Sabah yang menyeluruh dan merangkumi prinsip, amalan dan konsep sebenar dalam industri pelancongan.
• Kurikulum Cosmopoint Sabah yang menekankan kemahiran mengendali pelanggan, kemahiran komunikasi dan kretiviti dalam merangka aktiviti pemasaran.
• Membina peribadi pelajar yang berkepimpinan dan berketerampilan baik dalam skop pengurusan.
• Pembelajaran Cosmopoint Sabah yang menekankan kemahiran penting seperti penyelesaian masalah, semangat kerja berpasukan dan kemampuan menganalisa.

KERJASAMA DENGAN SYARIKAT DAN AGENSI BERKAITAN PELANCONGAN

Perjanjian kerjasama dan penempatan latihan industri dan penempatan pekerjaan  dengan syarikat-syarikat terpilih dan mempunyai reputasi unggul di Sabah dan di luar negeri Sabah diuruskan oleh pihak kolej Cosmopoint untuk mendedahkan para pelajarnya situasi kerja sebenar dan peluang pekerjaan selepas menamatkan pengajian mereka di Cosmopoint Sabah

Antara syarikat dan agensi kerajaan yang menjalin kerjasama dengan Cosmopoint Sabah ialah seperti berikut:

1. Hyatt Hotel
2. Sutera Harbour
3. Grandis Hotel
4. Avangio Hotel
5. Grand Dorsett Hotel Labuan
6. Promenade Hotel
7. The Boulevard Hotel
8. The Klagan Hotel
9. Ming Garden Hotel
10. Elemen Genting Resort, Genting Highland
11. The Andaman Resort Langkawi
12. Concorde Inn
13. TyH Borneo Tours & Travel
14. Al Quds Travel Sdn Bhd
15. Malaysian Association of Tour & Travel Agents (MATTA)
16. Sabah Holidays
17. BTC Group

Dengan pendedahan alam pekerjaan yang sebenar ini semua graduan kursus Diploma Pelancongan dari Cosmopoint Sabah mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kerja dalam bidang yang diceburi seterusnya mampu menjadi tenaga kerja yang berkebolehan, berketerampilan, berkemahiran dan berkelayakan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sector pelancongan di Sabah nanti.

PERSONALITI PELAJAR YANG SESUAI UNTUK BIDANG INI

• Minat melancong dan kreatif dalam merancang aktiviti rekreasi.
• Minat berinteraksi dengan orang ramai
• Minat menceburi bidang perniagaan yang berunsurkan perkhidmatan.

PELUANG PEKERJAAN

Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Agensi Pelancongan
- Kementerian pelancongan Malaysia
- Rangkaian Hotel

Peluang bekerja sebagai:-
- Penyelaras Pelancongan
- Perunding Pelanongan
- Eksekutif tiket
- Penyelaras Acara/Mesyuarat
- Pegawai Perkhidmatan Pelanggan/Pelawat
- Eksekutif Jualan
- Pegawai Perlancongn Negara
- Eksekutif Pemasaran Hotel
Setakat ini pelajar kursus Diploma Pelancongan adalah pelajar yang paling ramai di Cosmopoint Sabah. Graduan yang telah menamatkan pengajian mereka juga mudah mendapat pekerjaan malah ada yang telah ditawarkan peluang pekerjaan sebaik sahaja habis pengajian di Cosmopoint Sabah.

- Sistem Pendaftaran ONLINE

Untuk pendaftara ke Cosmopoint College cawangan Sabah anda boleh WHATSAPP: http://wasap.my/+60143528487/SAYA+BERMINAT