Pendaftaran Kursus Diploma Seni Pastri Dan Bakeri Di Sabah

Pendaftaran kursus Diploma Seni Pastri dan Bakeri di Sabah. Pertumbuhan sektor pelancongan dan industri makanan di Sabah memacu kepada pertambahan jumlah hotel atau resort baru yang begitu banyak dewasa ini di seluruh Sabah. 

Ini seiring dengan pertambahan jumlah pelawat atau pelancong yang mengunjungi Sabah setiap tahun.
Diploma in Pastry Arts
Sudah tentu ini akan turut memerlukan tenaga kerja pakar dalam bidang hospitaliti dan makanan. 

Salah satu bidang yang mengalami kekurangan jumlah tenaga pakar di Sabah kebelakangan ini ialah dalam bidang Seni Pastri dan Bakeri. 

Situasi ini menyebabkan permintaan untuk pekerja yang memiliki kemahiran Seni Pastri dan Bakeri sangat banyak.

Diploma in Pastry Arts in Cosmopoint College Sabah
Tidak ramai yang mempunyai kemahiran ini. Permintaan tenaga pakar yang banyak dalam bidang ini  menyebabkan graduan dalam bidang Diploma Seni Pastri dan Bakeri menjadi rebutan para majikan di Sabah. 

Gaji yang ditawarkan juga lumayan dengan peluang perkembangan kerjaya dalam bidang ini yang tidak terhingga.

Jika anda mempunyai Diploma Seni Pastri dan Bakeri, anda boleh pergi ke mana-mana di seluruh negara atau negara lain dan anda masih mudah mendapat kerja dengan gaji yang lumayan. 

Tidak hairan ramai tenaga pemegang diploma dalam bidang ini berhijrah ke negara lain seperti Singapura dan Timur Tengah seperti Dubai dan Arab Saudi untuk berkerja. 

Tidak kurang juga yang berkerja di kapal-kapal persiaran (cruise ship) dengan gaji dalam US Dollar yang lumayan.

Jika anda mahir dalam bidang ini dan tidak mahu berkerja dengan mana-mana pihak, anda boleh menjalankan perniagaan sendiri dalam bidang ini. 

Ini kerana pemegang Diploma Seni Pastri dan Bakeri telah diajar bukan sahaja cara membuatnya tetapi aspek-aspek perniagaan dalam bidang ini seperti perakaunan, costing, kawalan stock dan sebagainya.

Jurusan Diploma Seni Bakeri & Pastri menyediakan pelajar dengan latihan praktikal dalam pengeluaran makanan bagi membangunkan nilai profesionalisme dan kecermelangan dalam akedemik. 

Pelajar-pelajar ditekankan dengan kemahiran dalam seni pembuatan bakeri dan pastri, kawalan kos, sanitari dan nutrisi pemakanan serta ilmu pemasaran.

Pendedahan secara "hands-on" diselaraskan juga dengan kursus-kursus akademik yang konvensional bagi memberi kesan terhadap pengajian yang dinamik sekaligus memastikan graduan menepati kehendak industri.

Diploma in Pastry Arts at Cosmopoint Sabah

MATLAMAT KURSUS

• Membina kemahiran asas dalam komponen pembakaran dan memahami secara mendalam aspek teori yang menggariskan kompetensi di dalam bidang tersebut.
• Menyediakan pelajar dengan asas yang kukuh tentang seni pastri dan bakeri serta mengkhusus di dalam operasi kulinari.
• Mewujudkan kesedaran terhadap industri hospitaliti dan membangunkan kemahiran praktikal yang dikehendaki termasuklah dipersiapkan memikul tenggungjawab sebagai seorang ketua pasukan dalam operasi kedai pastri.
• Membangunkan pelajar dengan kemahiran meluas untuk jawatan di peringkat permulaan selain mengkaji semula prinsip pengurusan industri.

PELUANG PEKERJAAN

• Artisan Bread Baker
• Perancang kafe/katering
• ChocolatierPemilik Kafe/ Bakeri
• Usahawan
• Chef Pastri
• Pengurus Bakeri
• Pakar perunding

Melihat trend terkini untuk graduan Diploma Seni Pastri dan Bekeri ini, maka pelajar lepasan SPM harus mengambil peluang ini untuk menjadi kerjaya pilihan masa depan mereka. 

Pada masa ini hanya berberapa kolej yang menawarkan kursus Diploma Seni Pastri dan Bakeri di Sabah. Salah satunya ialah Cosmopoint College.

Keistimewaan utama para graduan Cosmopoint College ialah mereka akan dibantu penempatan pekerjaan/latihan industri di hotel-hotel atau resort bertaraf 4-5 bintang di Sabah. 

Cosmopoint banyak membuat dan menjalin kerjasama persefahaman (MoU) dengan pihak mereka agar peluang pekerjaan graduan Cosmopoint lebih terjamin.

- Pendaftaran  ONLINE

Untuk pendaftara ke Cosmopoint College cawangan Sabah anda boleh WHATSAPP: http://wasap.my/+60143528487/SAYA+BERMINAT