Kursus Diploma Aplikasi Multimedia Di Sabah Dan Peluang Kerjaya

Kursus dalam bidang Diploma Aplikasi Multimedia semakin mendapat sambutan hangat dari pelajar lepasan SPM sejak kebelakangan ini. Ini mungkin kerana impact perkembangan teknologi interaktif dan penyiaran yang semakin maju. Setiap hari kita berhadapan dengan teknologi dan grafik menyebabkan permintaan tenaga kerja yang mahir dalam bidang ini sangat banyak.
Tahukah anda bahawa segala sesuatu disekeliling kita setiap hari adalah hasil kerja oleh seseorang yang mahil dalam bidang multimedia. Anda menggunakan Facebook dan anda melihat banyak video, grafik dan sebagainya semuanya itu adalah hasil kerja sesorang yang mahir dalam bidang ini.

Jika anda menonton TV, setiap saat rancangan TV yang anda tonton itu adalah hasil kerja sesorang yang pakar dalam bidang aplikasi multimedia. Begitu juga semasa anda melayari website sepanjang masa.

Dengan perkembangan industri ini yang begitu pesat, permintaan tenaga mahir dalam bidang ini juga meningkat, TETAPI tidak ramai yang mempunyai kemahiran dalam bidang ini. Di Sabah contohnya syarikat-syarikat pengiklanan dan cetakan swasta dan juga jabatan-jabatan kerajaan berlumba-lumba untuk mendapatkan kakitangan yang mahir dalam bidang aplikasi multimedia.

Dengan perkembangan ini Cosmopoint Sabah telah muncul sebagai sebuah kolej terbaik dalam bidang ini. Pelajar-pelajar kita bukan sahaja telah berkerja di syarikat terkemuka di Malaysia tetapi ada juga yang sudah menempah nama di luar negara.

Antaranya ialah seorang bekas graduan Cosmopoint Sabah iaitu Diana Michelle Culey yang telah muncul sebagai pereka yang terkenal di United Kingdom. Tahukah anda bahawa dia ialah seorang pereka grafik pasukan bola gergasi di EPL iaitu Liverpool.

Sila rujuk akhbar ini www.sayangsabah.com dan NST untuk berita lengkap mengenai kejayaan anak Sabah dalam bidang grafik dan multimedia.

Kisah kejayaan seperti ini tentu sekali tidak datang dengan mudah tetapi dengan kemahiran dan kepakaran yang ada dalam bidang ini berserta kesungguhan yang jitu tentu sekali kejayaan itu bukan mustahil. 

Pelajar lepasan SPM tentu sekali boleh mensasarkan bidang ini sebagai kerjaya pilihan dan menjadi yang terbaik dalam bidang ini.

Sedikit maklumat mengenai Diploma Aplikasi Multimedia di Cosmopoint Sabah, sila baca maklumat di bawah.

Diploma Multimedia

Program ini menekankan pengajian multimedia dari aspek yang menyeluruh. Penekanan sebegini bagi memastikan pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran dan berkeyakinan menghadapi situasi media kontemporari dari pelbagai konteks iaitu advokasi, pengurusan dan pengeluran

Matlamat Kursus

Menyediakan pelajar dengan kemahiran teknikal dan kreativiti dalam reka bentuk multimedia yang mana menggabungkan nilai estetika dan pemahaman teknologi secara berintegrasi
   
Memastikan pelajar dilengkapi pengetahuan dan kemehiran terkini bagi membangunkan kandungan media asli dan berinovatif
   
Menggabungkan prinsip-prinsip berkaitan pengurusan dan pembangunan projek multimedia
   
Menghasilkan produk yang berhubungkait dengan maklumat pengguna dan berkomunikasi secara berkesan dan interaktif


Peluang Pekerjaan Seperti

• Flash Animator
• Juru Animasi 2D
• Juru Animasi 3D
• Penyunting Video
• Penyunting Audio
• Pereka-pereka Media Baru
• Pereka Interaktif
• Flash Programmer
• Pembangun Media Kreatif
• Pereka / Pembangun Laman Web
• Pengaturcara Web
• Perunding Media Kreatif

Syarat Kemasukan

• Lulus SPM dengan mendapat 3 kredit di dalam mana-mana mata pelajaran

Read also: Kursus Diploma in Graphic Design di Sabah

Kepada pelajar lepasan SPM yang berminat dalam bidang dan kerjaya ini pengambilan pelajar baru sedang berlangsung sekarang. Sila memohon melalui online atau contact kami terus melalui

- Pendaftaran ONLINE

- Whatsapp https://www.wasap.my/60168445143/DAFTAR+COSMOPOINT+SABAH