Program Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang Di Sabah

Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang pengambilan pelajar baru lepasan SPM di Sabah. Kursus ini untuk pelajar yang berminat untuk membina kerjaya masa depan berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang seperti dalam pasukan badan beruniform seperti Imigresen, Kastam dan sebagainya.

Ramai yang minat kursus ini kerana peluang kerjaya yang menarik dan banyak selepas menamatkan pengajian kelak.

Pelajar yang berminat dan layak bolehlah cuba untuk mengikuti kursus ini. 


Pelajar yang mempunyai kelayakan dalam bidang ini juga boleh menceburkan diri dalam pasukan enforcement agensi-agensi kerajaan. 

Memang banyak agensi dan badan kerajaan yang mempunyai pasukan penguatkuasa (enforcement) mereka sendiri seperti dewan bandaraya, TNB dan sebagainya.

Pelajar yang berminat untuk mengambil kursus ini mestilah memiliki kelayakan minima sekurang-kurangnya SPM 3 Kredit.

Tentu ramai yang layak. Jika berminat mengapa tidak mencuba kursus ini?

Semoga berjaya kepada yang berminat dan ingin mengikuti kursus ini.